Langkau ke maklumat produk
1 daripada 8

Bonzer Coating

BONZER BLING - 500ml

BONZER BLING - 500ml

Harga biasa RM49.90 MYR
Harga biasa RM68.00 MYR Harga jualan RM49.90 MYR
Jualan Habis dijual
Penghantaran dikira semasa pembayaran.

[ Ditulis dengan ikhlas oleh perumus kami ]

Bonzer Bling Classic ialah formulasi salutan pertama kami yang dipasarkan pada tahun 2015. Ia kekal sebagai produk terlaris kami untuk pasaran Malaysia.

Salutan ini sangat baik untuk kenderaan berwarna gelap kerana ia menonjolkan rupa kaca yang mendalam pada cat kereta.

Kami mengesyorkan produk ini pada kereta warna gelap seperti Hitam, Merah, Kuning , Kelabu Gelap, Biru dan sebagainya.

Produk pelbagai peranan ini juga digunakan pada cat matte, cermin depan, spoiler, pembalut kereta, bahagian plastik/getah, krom, lampu depan, rim, dashboard, kulit/vinil dan tempat duduk bukan fabrik.

Awas : Jangan gunakan kain yang sama untuk bahagian kereta yang terdedah kepada tar, kotoran jalan dan sisa berminyak.

Oleh kerana ini adalah salutan yang digunakan pada permukaan yang bersih, kami tidak menjamin keberkesanan jika tidak digunakan seperti yang disyorkan.

* Sila tunggu antara 8 hingga 24 jam untuk kesan kalis air diaktifkan. Anda disyorkan untuk membilas/lap titisan hujan dalam tempoh ini.

Kami menjamin piawaian ini :

  • Cepat dan mudah untuk menyerikan kereta anda seperti kereta baru dalam beberapa minit
  • Efek daun keladi meninggalkan permukaan bersih dan berkilat pada musim hujan/tengkujuh.
  • Fungsi berbilang peranan pada bahagian dalam kereta, plastik dan krom dengan hasil yang cemerlang
  • Selamat digunakan pada hari yang panas walaupun disyorkan di bawah tempat yang teduh
  • Jimat kerana anda tidak perlu menggilap selama 2 tahun atau lebih.
  • Perlindungan daripada sinaran matahari dan air hujan kotor.
  • Sangat baik untuk cermin depan kerana ia menangkis air

Salutan berkualiti tinggi ini menjanjikan kemudahan penggunaan dan ketahanan. Google "Bonzer Bling" dan anda akan lihat review/testimoni terbaik untuk produk jenama Bonzer ini.

Pilih produk yang sesuai dengan keperluan anda. Produk ini bukan sebatian pembersihan atau penggilap. Pastikan permukaan bersih dan bebas daripada kotoran sebelum digunakan.

Tip daripada kami : Coating SiO2 lebih sesuai untuk warna yang gelap dan garang.

Untuk hasil terbaik, sapukan apabila kering atau lembap sewaktu mencuci.

* Sila ambil perhatian bahawa produk ini tidak menanggalkan calar, watermark dan kotoran sedia ada. Ia boleh menghalang yang baru dan memberi perlindungan jangka masa panjang.

Lihat butiran penuh