Bonzercoating
Bonzer Red - 120ml (Motosikal)
Bonzer Red - 120ml (Motosikal)
Tidak dapat memuatkan ketersediaan pengambilan
Bonzer Red ialah coating bersaiz poket & yang direka untuk melindungi cat dan permukaan motosikal dan aksesorinya daripada calar2 halus, kotoran dan jenis kesan lain yang disebabkan oleh pendedahan kepada keadaan cuaca khatulistiwa.
Dirumus dengan bahan-bahan premium untuk memastikan ketahanan dalam keadaan cuaca ekstrim.
Ini ialah pek mini Bonzer Premium X2 kami yang dibungkus semula dalam jumlah yang lebih kecil. (120ml)
Produk ini juga digunakan pada coverset, topi keledar, sticker, bahagian plastik dan getah, krom, visor, lampu depan, rim, kulit & vinil.
Awas : Jangan gunakan kain yang sama untuk bahagian kenderaan yang terdedah kepada tar, kotoran jalan dan sisa berminyak.
Ini adalah salutan yang digunakan pada permukaan yang bersih, kami tidak menjamin keberkesanan jika tidak digunakan seperti yang disyorkan.
* Sila tunggu antara 8 hingga 24 jam untuk kesan super-hidrofobik diaktifkan. Anda disyorkan untuk membilas/lap titisan hujan dalam tempoh ini.
Kami menjamin piawaian ini :
Cepat dan mudah untuk menyerikan motosikal dalam 2 minit.
Efek daun keladi meninggalkan permukaan bersih dan berkilat pada hari hujan
Fungsi pelbagai peranan pada semua bahagian motosikal termasuk krom.
Selamat digunakan pada hari yang panas walaupun disyorkan di bawah teduhan.
Jimat kerana anda tidak perlu polish selama 2 tahun atau lebih.
Perlindungan daripada sinaran matahari dan air hujan.
Sangat licin dan mengurangkan rintangan angin. Jimat minyak dan lebih laju.
Pilih produk yang sesuai dengan keperluan anda. Produk ini bukan sebatian pembersihan atau penggilap.
Pastikan permukaan bersih dan bebas daripada kotoran sebelum digunakan.
Untuk hasil terbaik, sapukan apabila kering atau lembap.
* Sila ambil perhatian bahawa produk ini tidak menanggalkan atau menghalang calar, watermark dan kotoran sedia ada.
AWAS/PERHATIAN : Jangan sapukan pada tempat duduk dan kawasan brek untuk keselamatan anda.












